Profilo di AzwadiBlog AzwadiFotoBlogElenchiAltro ![]() | Guida |
|
29 aprile Aku dan pembentangan vivaHari ini (28 April 2008) aku telah selesai membuat pembentangan projek tahun akhir. Projek ini bertajuk Penghasilan CCTO Untuk Kegunaan Antena. Aku berjaya habiskan mengikut masa yang diperuntukkan. Debaran yang dirasai sebelum menjelang hari ni seakan-akan lenyap sehingga dadaku terasa ringan dan senang. Apa yang menarik, pensyarah yang menjadi penilai iaitu Dr Zuhailawati, Prof Razali Othman, Dr Mariati, dan Prof Madya Azmi Rahmat hanya mampu mendengar tanpa dapat menanya banyak soalan padaku keitika sesi soal jawab. Aku tidak pasti adakan pembentangan aku tidak difahami, atau kesemua mereka tidak faham. Namun begitu, aku boleh andaikan, projek yang aku lakukan ini tidak menepati bidang kepakaran mereka. Tiada satu pun daripada mereka pakar dalam bidang elektroseramik. Disebabkan itulah, hanya tiga soalan sahaja diajukan. Maklumlah, tajukku iaitu berkaitan dengan antena lebih menjurus kepada elektrik dan maklumat yang aku kemukakan sememangnya aku sendiri tidak pelajari di bilik kuliah. Aku mempelajarinya daripada rakan satu projek denganku dari pusat pengajian elektrik iaitu, Mohd Arif. Banyak perkara telah dijelaskan olehnya kepadaku sepanjang aku bekerjasama dengannya. Sehinggalah gandingan kami telah menjadikan projek ini mendapat hadiah emas di pameran MTE yang berlangsung di Kuala LUmpur baru-baru ini. Pameran ini ialah sebuah pameran bertaraf antarabangsa memberi kelayakan untuk ke pameran seterusnya ke geneva. Aku pun pelik kenapa pihak universiti tidak meneruskannya ke peringkat tersebut.
Selepas mengambil draf tesis daripada Prof Zainal , tidak banyak pembetulan yang ditanda. Cuma prof Zainal memintaku menyemak balik abstrak dalam bahasa inggeris. Sungguh penat. Banyak perkara yang belum diselesaikan. Barang-barang radas masih belum dihantar. Sudah berkali-kali aku pergi jenguk bilik puan fong, tapi batang hidung tak nampak. Insya Allah, esok aku pergi lagi besok. Pengalaman perbentangan viva banyak mencuit hatiku. Kali pertama aku bercakap di hadapan pensyarah yang veteran, terutama Prof Razali Othman yang merupakan bekas Dekan pertama pusat pengajian kami. Beliaulah yang bertnya soalan kenapa bahan antena daripada CCTO tidak dikomersilkan? Aku dengan spontan menjawab kajian ini masih belum siap sepenuhnya, dan mempnyai potensi besar untuk menggantikan antena yang ada pada hari ini. Dr Mariati yang berada di belakang mengangguk-angguk kepalanya. Mujurkan ku masih ingat penerangan berkaitan dengan bahan ini daripada Dr Sabar yang banyak membantuku. Beliau merupakan salah seorang pakar dalam elektroseramik, lebih-lebih lagi CCTO. Gelagak beliau ketika aku terserempak dengannya di depan Bilik Multimedia sebelum viva tadi membuatkan aku tersenyum. "Sudah viva belum, Azwadi?" Tanya beliau dalam pelat Indonesia. "Belum lagi Dr, Pukul 11." Jawabku yang ketika itu berada di depan pintu bilik. "Present elok-elok yer" Beliau mengangkat tangan, membetulkan tie di leherku. "Insya Allah, Dr". Aku tersengih. Dia tersenyum lalu berlalu pergi. Dr Sabar banyak membantuku dalam menerangkan fenomena yang berlaku semasa pemprosesan CCTO. Dia sering balik lambat. Kadang-kadang pukul 6.30 petang. Aku yang kadang-kadang terlambat habis press sampel menghempus nafa lega untuk mendapatkan tandatangan pada borang menggunakan furnace. Hari ni aku pulang ke rumah sewa, penginapan baruku dengan hati yang senang. 31 marzo Seminar 4S: Saka, Susuk, Sihir dan Santau anjura Pusat IslamHari Sabtu , 29 Mac, aku telah menyertai seminar 4S iaitu Saka, susuk, sihir dan Santau. Seminar ini berlangsung di Dewan Auditorium Komplek Dewan Kuliah Kampu Kejuruteraan. Bermula pada pukul 8:30 pagii hingga pukul 6 pelbagai slot telah disusun yang disampaikan oleh penceramah-penceramah. Kebanyakan penceramah terdiri daripada pengamal perubatan islam dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang mengubat gangguan makhluk halus. Aku sempat membeli buku panduan perubatan Islam dan menerima pengijazahan daripada Ustaz Sharhan, iaitu pengamal perubatan Islam.
Gambar: Sahabat-sahabat yang tekun menelaah FYP dan PSMDalam aku menyiapkan FYP, aku perlu juga menyiapkan PSM. PSM dan FYP hanya aku mempunyai ke dua-duanya, betulkah?. Almost, semuanya hampir siap. Tak hairanlah purata tidor aku pukul 3 setiap hari. Mata dah naik bengkak dah. Kopi radix pun dah nak habis. Tak lama lagi final exam. Aduhai, perlukah aku memberi radix lagi? Adakah kali ini perlu berkongsi wang membeli radix dengan rumateku lagi, sedangkan akulah yang paling kuat membantai radix. Hehehe. Discovered New Forbidden JutsuTak sampai dua hari aku hantar draf tesis, aku aku berjaya menyelesaikan teka teki yang tiada kaintan dengan tesisku. Teka teki yang menyelubungi diri sekian lama. Mungkin ini anugerah Allah. Akhirnya persoalan telah terjawab. Apa macam helmi?, it's your turn to activate it next sem or next time. Hopefully, tiada masalah lagi. Guna sebaik-baiknya jutsu itu. Hehehe.... Semoga more power full than before. 30 marzo Dah hantar draf Tesis.... LeganyaLepas sahaja aku hantar tesis kat pejabat, aku rasa satu beban telah hilang di dada. Menakjubkan.... Waa, aku tidor sepuas2nya... Sebab semalam tidak tidor... 14 agosto Rekreasi Minda 07 Zoo TaipingPada 12 Ogos, hari Ahad yang lalu, aku menyertai rombongan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) melawat Zoo Taiping. Program ini dinamakan Rekreasi Minda yang lebih bermotifkan merehatkan minda ahli-ahli persatuan tersebut jauh dari kecelaruan kampus ke tempat yang lebih tenang dan berudara nyaman.
Kami bertolak kira-kira pukul 8:30 pagi menggunakan dua buag bas USM. Perjalanan ke sana memakan masa selama 45 minit dengan menyaksikan pemandangan pagi yang indah sepanjang lebuh raya utara selatan. Aku berada di sebelah Fakhrul ketika di dalam bas. Kami berborak sakan dan bercerita pelbagai topik yang menarik. Sahabat aku ini merupakan roomateku ke tika aku tahun satu dahulu. Pelbagai pengalaman kami berkongsi bersama dalam siri-siri rekreasi yang dianjurkan oleh PMI. Aku masih ingat, rekreasi minda yang pertama aku sertai ialah berkelah di batu hampar semasa aku tahun pertama. Tahun kedua pengajianku, PMI mengaadakan rehlah ke pusat peranginan Bukir Panchur. Tahun seterusnya pula, kami lari sedikit dari tradisi berkelah dengan mengadakan pendakian di Bukit Ceruk Tok Kun. Masa berlalu begitu pantas, sehingga pengalaman rehlah yang lalu masih segar dalam ingatan.
Suasana Zoo sungguh menarik. Bersih, kemas dan teratur. Menurut Fakhrul, di Taiping juga terdapat Muzium, Taman Tasik, air terjun, Mahkamah dan penjara. Di Taiping juga terletaknya Bukit Larut iaitu kawasan yang paling lembab di Malaysia.
Zoo Taiping membahagikan dua kawasan untuk melihat haiwan-haiwan. Pelbagai jenis haiwan di pertontonkan. Aku sempat bergambar dengan haiwan-haiwan ini (Jarak jauh ler). Haiwan seperti beruang, harimau bukannya boleh dilihat di tempat lain selain dari Zoo. Masanilah kami semua bergambar dan melihat puas-puas haiwan buas yang boleh makan manusia ni. Sahabatku helmi kecewa kerana hanya berpeluang melihat harimau kumbang sahaja. Dia ni peminat setia harimau belang. Sungguh sayang harimau tersebut berada jauh di sudut sangkarnya, tengah tidor lena dibuai mimpi indah. Jaraknya menyukarkan kami untuk melihatnya dengan terperinci.
Dua jam berlalu sehingga tidak dirasai oleh kami. Sungguh cepat masa berlalu. Kami berkumpul di luar zoo untuk majlis penyampaian hadiah dan sedikit pengisian oleh Ust Syukri. Beliau banyak mengingatkan kami untuk memerhati penciptaan haiwan dan berfikir keagungan dan kehebatan Pencipta. Kami pulang pada pukul 2 petang dan aku tertido dalam bas kepenatan. 20 luglio Bilik Ku Jadi StorSepanjang pameran statik PMI berlangsung, bilik aku secara rasminya telah menjadi bilik stor barang-barang pameran statik. Waduh, banyaknya barang. Aktif sungguh adik-adik ni berniaga. Bilik abg-abg pulak jadi mangsa yer. Hehe. Nak buat cam ner, mungkin korang semua bilik atas-atas. Terpaksa lah tumpangkan kat bilik abg-abg ni yer. Aku kadang-kadang kesian juga tengok helmi tersepak kotak barang-barang tu masa mamai lepas bangun tidor. Takpalah helmi, anggap saja ni latihan menguatkan kekuatan kaki.
Bau pun tidak kurang juga hebatnya. Bilikku yang sebelum ni bau harum, tetiba menjadi bau pelek semacam. Nak buat camner, barang-barang tersebut terdiri dari pelbagai jenis barang meruap. Penyembur racun serangga pun ada. Sabun pencuci tandas dan laintai pun ada juga. Aku hairan juga ya barang-barang suri rumah pun ada. Setahu aku budak-budak hostel ni tak der la pula nak basuh tandas dengan pencuci seangkatan dengan faboloso.
Adik-adik ni memang kretif dan aktif betul. Tak apa. Teruskan usaha selagi kekuatan masih ada. 13 luglio Bilik DoubleMinggu ini merupakan minggu pertama semester ke tujuh pengajianku di USM ini. Dah enam semester berlalu. Sungguh cepat rasanya. Aku seakan-seakan tidak merasai pergerakan masa yang pantas ini. Detik-detik tahun pertama aku di USM masih segar dalam ingatan. Tetapi inilah hakikatnya, aku sudah pun tahun empat sekarang.
Seperti tahun pertama, aku berada di bilik bawah. Bilik bawah aku berasal, bilik bawah juga aku akan kembali. Opss, pepatah ape ni..
Alhamdulillah permohonan yang aku buat sebelum pergi menjalani Latihan Industri pada semester lepas untuk tinggal di bilik double telah diluluskan. Dan permohonan untuk berada sebilik dengan Helmi, hehe "jangan marah kalau baca", turut diluluskan. Tidak sangka surat cikai last minit yang aku buat berhasil juga akhirnya.
Semoga aku berada di bilik dua orang ni, lebih tenteram dan aman berbanding dua sidang yang berlalu. Tiada lagu rock, tiada asap rokok. 06 luglio Sudah Tamat Latihan IndustriAlhamdulillah, akhirnya dah habis aku jalani latihan industri kat KL kepong nih. Esok aku akan berangkat puklang ke rumah, opss ke USM bersama-sama dengan Faizal. Kami pulang dengan menaiki motor masing-masing. Tak sempat rehat, terus kena pulang usm untuk menyambung pelajaran ke tahun akhir. 27 maggio Mesej Dari HelmiSedang aku khusyuk berada di depan komputer pada suatu malam, tiba-tiba aku menerima mesej daripada Helmi, kawanku yang tinggal di Yan Kedah.
"Wadi, apa dah laman web download perisian al quran utk N73?"
Aku terkejut. Terus aku menelefonnya
"Assalamualaikum Helmi. Wah, hang dah beli N73 ek?"
Aku bertanya untuk sahkan persoalan dalam benakku.
"Wa'alaikumussalam. Bukan aku punya di, ayah aku dapat cabutan bertuah la. Hand set dia yang asal kasi kat aku. Ni nak masukkan software."
"Bertuahnya ayah hang, bukan handset sebelum ni dapat cabutan bertuah jugak?"
"a'aa."
"Bila hang nak beli satu?"
"Nantilah, nantilah. Akan tiba waktunya wadi. Tunggu je"
Aku tersenyum keseorangan. Tumpang gembira dengan hadiah cabutan yang dimenangi oleh ayah helmi. Aku kemudian memberi alamat laman web perisian tersebut kepadanya. Aku LI keseoranganSemalam, kawan selatihan industriku, Faizal telah pulang ke kampung halamannya, Tanah Merah Kelantan. Dia mengambi cuti selama 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan. Mr Teoh selaku manager kami memberi kebenaran untuk Faizal bercuti tanpa banyak soal. Baik sungguh manager muda tu. Tidak pernah marah atau memberi tugasan yang berat kepada kami sebelum ini.
Nampaknya, sepanjang ketiadaan Faizal, terpaksalah aku mengambil alih tugasnya buat semenara. Sedangkan menurut Mr Praba, iaitu Supervisor bahagian Compounding Hari Isnin dan Selasa nanti, kami dikehendaki mengukur dimensi dan memeriksa keadaan tangki pengacau M13 dan M14. Terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tangki M14 kerana banyak menghasilkan lump atau gumpalan getah. Jadi kami selaku bakal jurutera kena mencari apa sebab dan faktornya. Ini satu tugas yang berat tetapi aku akan lakukan dengan seorang Chinese iaitu Chan sahaja.
Faizal balik ke kampung disebabkan Mak beliau sakit dan akan dimasukkan ke dalam Hospital Universiti Sians Malaysia. Harap emak beliau akan cepat sembuh. 20 maggio Kelab Nokia N SeriesTiba-tiba aku teringat akan rumaeku Aizuddin yang ingin menubuhkan kelab nokia N-Series. Selepas dia membeli nokia N70 setelah aku juga pada masa itu baru sahaja memiliki N73. Kali ini, aku tersenyum sekali lagi apabila Fakhrul Radzi juga membeli Nokia N73 sebagaiku. Nampaknya kelab yang ingin diasaskan oleh Aizuddin ni akan terlaksana tak lama lagi. Khabarnya kawanku Helmi Abg Kudus juga mengintai-intai N73 setelah handphone lamanya sudah uzur. Yusri, kawanku yang Li di KL pun ada menyebut ingn membelinya dulu setelah aku dan Helmi beria-ia servey handset ini di laman web lelong.com. Wah, ramainya. Inilah dipanggil trend teknologi sekarang.
Sebenarnya aku bukan peminat taksub kepada nokia N-Series. Tapi memandangkan tawaran function yang pelbagai telah menarik minat kami. Dengan mengengam alat satu tapak tangan ini, pelbagai perkara boleh dilakukan. Mengambik gambar, mendengar mp3, melayari internet, bersidang video dan banyak lagi. Perkara sebegini mungkin hanya satu bayangan ilusi saha pada sepuluh tahun yang lalu. Tapi sekarang, ia telah terlaksana. Inilah kuasa imaginasi manusia. 15 maggio Blending Bl2 with Zancarb14 May
BL2 have already received. Today we want to test the first project which have been given to us by Mr Teoh. The project want us to simulate and analyse one type of glove formulation. The formulation is modified to reduce Zancarb to 90% and 10% remain replaced by BL2. The materials are calsium carbonat. But different size and price. The purpose to add BL2 is the material is cheaper than zancarb. In another word, this test is to know the quality of the modified new formulas either fit the quality requirement or not.
First, we must prepare the BL2 to made it 50%. We have measured 5 kg water and mix up the BL2 to dilute it. The pail we put at mixer machine and let the mixing process run for 2 hours. After that, we took one flask of sample and sent it to a lab to test the total solid content and the pH. If the pH is less than ten, the BL2 must be added with alkaline agent to increase the pH. We have put 30 g of KOH 20% and mixed it for 10 minutes before we testing the pH again.
The lab test showed the result was pH 9.9. It is around the formulation specification requirement. So we were continueing the mixing process with other chemical at about 2 o'clock. Everything we mixed very well and the compound must be waited for 8 hours to be finished. Mr Ganesan, who helped us to mix said, tomorrow morning we can do hand dip after the compoud is ready. A Simulation11 may
We observed the simulation of hand dip by a compounding team. The simulation was lead by Mr Praba and Mr Ganesan. The purpose is to see quality produced glove using silicon to modify surface more smother compare to the already produced polymer coated glove. The quality parameters are in term of how many defect existed and the types of the defects.
Firstly, the chemical was prepared in a backet. They are some amount of liquid adhesive , in line, and latext compund itself. The former was dipped into the backet and put out to plug in to the line. 12 maggio Makan besar di rumah FakhrulHari ini ada makan besar di rumah kawanku ini. Semua sanak saudara Fakhrul Razdi datang ke rumahnya. Katanya majlis makan ini sempena mensyukuri dan berdoa atas perancangan perkahwinan abg saudaranya tidak lama lagi.
Majlis bermula selepas solat Zohor sehingga petang. Banyak kuih muih dan makanan disediakan. Antaranya nasi bariani, kuih muih, dan kek meraikan harijadi seorang ahli keluarga yang bernama Aiman.
Suasana begitu meriah dan kami turut gembira bersama-sama meraikannya. Keceriaan terserlah dengan anak-anak kecil bermain dan berkejaran. Kelihatan keriangan d wajah-wajah mereka. Mungkin sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain. 06 maggio Production Line Dan Projek KamiHari-hari seterusnya aku hadapi dengan tabah dan penuh kesabaran. Sungguh penat dan letih. Kami terpaksa mendengar derungan angin boiler steam, bau gas ammonia, dan suhu persekitaran yang tinggi. Hari pertama dibawa melawat ke production line membuatkan kami keletihan.
Line pengeluaran atau production line ini menghasilkan sarung tangan getah untuk kegunaan rumah. Di plant pengeluaran terdapat enam line pengeluaran yang menghasilkan sarung tangan pelbagai jenis. Setiap satu darinya mempunyai seribu lima ratus pembentuk tangan atau former yang dipebuat dari porselin. Pembentuk yang berbentuk tangan ini akan bergerak secara kitaran melalui perbagai proses. Bermula dari proses pembersihan dari kotoran hinggalah kepada pelbagai proses pencelukan seterusnya dikeluarkan getah dari pembentuk ini iaitu sarung tangan yang separa siap. Proses-proses ini dikenali sebagai on-line proses. Sarung tangan yang terhasil akan dibawa ke off-line proses. Off-line proses bermaksud proses yang dilakukan secara manual dengan mengerakkan troli-troli oleh operator ke kawasan pemprosesan. Proses off-line termasuklah proses pengklorinan, pengeringan, kawalan kualiti dan packaging.
Proses-proses ini perlu kami study mekanismenya dan cuba untuk memperbaik untuk menjimatkan kos pengeluaran atau meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan. Kmi telah menerima empat projek sebagai tugasan yang berkaitan dengan penjimatan dan meningkatkan kos kualiti produk ini. Kesemuanya perlu disiapkan sebelum kami habis Latihan Industri ini nanti.
5 Mei, di sebuah bilik kecil di pejabat sumber manusia. Tempat kami seramai empat orang pelatih latihan industri bersarang. Kami sampai di sana sebelum pukul 8.30 lagi dan berkumpul, berbincang. Projek yang baru kami terima semalam menjadi topik perbincangan kami.
Aku tidak tahu bagaimana untuk melaksanakannya. Projek-projek yang diberikan sungguh kompleks dan memerlukan kami bekerja dengan semua depatment di kilang. Faizal, kawan serumah tempat tinggalku ini kelihatan tidak bersetuju dengan projek diberikan ini. "Kita baru jah masuk, dia doh buwi projek cam kita kerja 10 tahun sini", katanya dengan nada pasrah kepada aku. Aku bersetuju dengan Faizal. Tan dan Chan kawan chinese yang bersama-sama kami membuat latihan industri juga seperti terpinga-pinga macam mana hendak mulakan projek ini. Kami terus berbincang dengan bantuan SOP (Standard operting Procedure) dan kami putuskan untuk mengkaji secara mendapat setiap department sehinggalah kami faham sepenuhnya untuk kami melaksanakan projek nanti dengan mudah.
Aku, Faizal dan Chan pergi ke Production Plan dan Chan menuju ke bilik R&D untuk melaksanakan apa yang kami bincangkan tadi. 05 maggio Menjejak Kaki Ke Ipoh2 Mei. Malam yang nyaman sekali. Aku kini berada di rumah sahabatku Fakhrul Razi di Ipoh. Rumahnya tidah jauh dari bandar Ipoh. Namun suatu kelainan juga dari apa yang aku jangkakan. Pada hematku sebelum ini rumahnya mesti dikelilingi dengan bangunan-bangunan moden, pencakar langit dan arus jalan raya bersimpan siur. Ini berikutan fakhrul sendiri dilihat seperti orang bandar kebanyakan. Tetapi salah sebenarnya anggapanku itu. Rumahnya tenang. Sunyi dari pencemaran bunyi kesibukan kota. Boleh kedengaran bunyi cengkerik dan unggas malam menambah keharmonian malam. Kelihatan faizal sedang mengisi kad pengesahan lapor diri di sudut bilit. Begitu tekun sekali. Fakhrul dan zairi pula kedengaran tergelak-gelak di luar. Entah apa yang mencuit hati mereka di layar komputer ber'streamyx' itu. Aku masih berada di atas katil bilik kami, sedang asyik menulis blog ini sambil mendengar lagu UNIC album terbaru yang berjudul 'Tika itu'. Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Teringat pula nasihat emak fakhrul kepadanya tadi ketika melihat anaknya itu sedang leka di depan komputer. 'Tido awal aji,esok nak bangun awal nak pergi kerja'. Ramah betul suara ibunya itu. Fakhrul mengangguk-angguk dan emaknya berlalu pergi. Aku tersenyum melihat telatah fakhrul. Begitu asyik dengan internet. Eh, aku pun apa kurangnya. Begitu liat untuk berpisah dengan komputer. Tetapi sejak memiliki nokia n73 ini aku sering bersamanya dan melakukan aktiviti biasa seperti mendengar lagu dan melihat gambar melalui handsetku ini. Faizal keluar dari bilik air. Bersedia untuk tidor kut, fikirku. Mengantuklah pulak. Lain kali pula aku menulis. Semoga esok berjalan lancar tanpa perkara tidak di ingini. Wassalam. Hari Pertama Yang Cemas3 Mei 207 Wah, letihnya. Badanku kehilangan tenaga yang banyak. Sepanjang hari asyik berdiri, berjalan dan memanjat tangga. Waktu rehat pula seperti tidak mencukupi hanya 15 minit bermula pukul 10:30pagi dan 1 jam bermula pukul 1. Itupun sudah dipenuhi dengan masa sembahyang dan makan tengah hari. Seperti sudah terbayang suasana kerja pada masa akan datang yang penuh dengan kerja dan mengejar masa. Aku terbayang riak gembira dan tidak sabar-sabar kami pagi tadi. Aku dan faizal sudah pun sampai pada pukul 8 di kilang KL Kepong, tempat latihan industri kami. Mengikut jadual perjumpaan dengan bahagian sumber manusia pada pukul 8:30 pagi. Sedang menuju ke pondok pengawal keselamatan, seorang pelajar polimer Chan melambai tangan ke arah kami sambil keluar dari dalam keretanya. Kami membalas lambaiannya dan bersama-sama ke podok pengawal keselamatan tidak jauh dari situ. Masuk sahaja ke pondok pengawal, seorang pak cik pertengahan umur berkulit hitam manis terseyum ke arah kami. 'Nak praktikal ke dik?' sapa beliau. Kami mengangguk sambil mengiyakan pertanyaannya itu. Sambil berbual-bual dengannya, kami mengisi nama kami dibuku log kemasukan ke kilang tersebut. Aku dapat perhatikan di tangannya sudah pun ada nama ringkas kami pada cebisan kertas. "Mana seorang lagi?" Tanya pak cik tersebut. Kami bertanya sesama sendiri. Chan memberitahu dia belum sampai lagi. Menurut Chan pelajar tersebut dari pusat pengajian kimia. Pengawal keselamatan tersebut meminta kami pergi ke pejabat dan berjumpa dengan pegawai sumber manusia untuk melapor diri. Kami bergerak ke sana dengan bersemangat. Setibanya di pejabat, kami di sambut oleh seorang wanita muda. Tinggi lampai dan dari raup wajahnya ku fikir dia berbangsa Cina. Kami memperkenalkan diri dan berbual-bual. Dia meminta kami menunggu kawannya datang untuk menguruskan proses melapor diri tersebut. Aku sempat memerhatikan kawasan kilang. Tidak lah sebesar kilang panasonic yang aku bekerja selama dua bulan dulu. Kilang ini boleh dikelaskan bersaiz sederhana. Tidak lama kemudian datang seorang wanita india muda. Dia memperkenalkan dirinya Miss Nages dan mengucapkan selamat datang kepada kami. Proses pendaftaran bermula dan kami dikehendaki mengisi beberapa borang dan membaca beberapa dokumen polisi dan peraturan syarikat. Kemudian sesi taklimat keselamatan disampaikan oleh pegawai bahagian keselamatan, En Khosim bin Daud. Beliau menerangkan kawasan bahaya dan kawasan selamat yang terdapat di kilang tersebut. Kemudian beliau menceritakan latihan industri oleh pelajar tahun-tahun yang lalu. Pengalaman yang berguna sepanjang berada di kilang tersebut juga dikongsi dengan kami. 30 aprile Don't Know HowRecently we can see there are so many weblog provided by many companies over the internet. I don't know which one i should choose for my default weblog. |
|
|