Profilo di AzwadiBlog AzwadiFotoBlogElenchiAltro ![]() | Guida |
|
Blog Azwadi29 aprile Aku dan pembentangan vivaHari ini (28 April 2008) aku telah selesai membuat pembentangan projek tahun akhir. Projek ini bertajuk Penghasilan CCTO Untuk Kegunaan Antena. Aku berjaya habiskan mengikut masa yang diperuntukkan. Debaran yang dirasai sebelum menjelang hari ni seakan-akan lenyap sehingga dadaku terasa ringan dan senang. Apa yang menarik, pensyarah yang menjadi penilai iaitu Dr Zuhailawati, Prof Razali Othman, Dr Mariati, dan Prof Madya Azmi Rahmat hanya mampu mendengar tanpa dapat menanya banyak soalan padaku keitika sesi soal jawab. Aku tidak pasti adakan pembentangan aku tidak difahami, atau kesemua mereka tidak faham. Namun begitu, aku boleh andaikan, projek yang aku lakukan ini tidak menepati bidang kepakaran mereka. Tiada satu pun daripada mereka pakar dalam bidang elektroseramik. Disebabkan itulah, hanya tiga soalan sahaja diajukan. Maklumlah, tajukku iaitu berkaitan dengan antena lebih menjurus kepada elektrik dan maklumat yang aku kemukakan sememangnya aku sendiri tidak pelajari di bilik kuliah. Aku mempelajarinya daripada rakan satu projek denganku dari pusat pengajian elektrik iaitu, Mohd Arif. Banyak perkara telah dijelaskan olehnya kepadaku sepanjang aku bekerjasama dengannya. Sehinggalah gandingan kami telah menjadikan projek ini mendapat hadiah emas di pameran MTE yang berlangsung di Kuala LUmpur baru-baru ini. Pameran ini ialah sebuah pameran bertaraf antarabangsa memberi kelayakan untuk ke pameran seterusnya ke geneva. Aku pun pelik kenapa pihak universiti tidak meneruskannya ke peringkat tersebut.
Selepas mengambil draf tesis daripada Prof Zainal , tidak banyak pembetulan yang ditanda. Cuma prof Zainal memintaku menyemak balik abstrak dalam bahasa inggeris. Sungguh penat. Banyak perkara yang belum diselesaikan. Barang-barang radas masih belum dihantar. Sudah berkali-kali aku pergi jenguk bilik puan fong, tapi batang hidung tak nampak. Insya Allah, esok aku pergi lagi besok. Pengalaman perbentangan viva banyak mencuit hatiku. Kali pertama aku bercakap di hadapan pensyarah yang veteran, terutama Prof Razali Othman yang merupakan bekas Dekan pertama pusat pengajian kami. Beliaulah yang bertnya soalan kenapa bahan antena daripada CCTO tidak dikomersilkan? Aku dengan spontan menjawab kajian ini masih belum siap sepenuhnya, dan mempnyai potensi besar untuk menggantikan antena yang ada pada hari ini. Dr Mariati yang berada di belakang mengangguk-angguk kepalanya. Mujurkan ku masih ingat penerangan berkaitan dengan bahan ini daripada Dr Sabar yang banyak membantuku. Beliau merupakan salah seorang pakar dalam elektroseramik, lebih-lebih lagi CCTO. Gelagak beliau ketika aku terserempak dengannya di depan Bilik Multimedia sebelum viva tadi membuatkan aku tersenyum. "Sudah viva belum, Azwadi?" Tanya beliau dalam pelat Indonesia. "Belum lagi Dr, Pukul 11." Jawabku yang ketika itu berada di depan pintu bilik. "Present elok-elok yer" Beliau mengangkat tangan, membetulkan tie di leherku. "Insya Allah, Dr". Aku tersengih. Dia tersenyum lalu berlalu pergi. Dr Sabar banyak membantuku dalam menerangkan fenomena yang berlaku semasa pemprosesan CCTO. Dia sering balik lambat. Kadang-kadang pukul 6.30 petang. Aku yang kadang-kadang terlambat habis press sampel menghempus nafa lega untuk mendapatkan tandatangan pada borang menggunakan furnace. Hari ni aku pulang ke rumah sewa, penginapan baruku dengan hati yang senang. 31 marzo Seminar 4S: Saka, Susuk, Sihir dan Santau anjura Pusat IslamHari Sabtu , 29 Mac, aku telah menyertai seminar 4S iaitu Saka, susuk, sihir dan Santau. Seminar ini berlangsung di Dewan Auditorium Komplek Dewan Kuliah Kampu Kejuruteraan. Bermula pada pukul 8:30 pagii hingga pukul 6 pelbagai slot telah disusun yang disampaikan oleh penceramah-penceramah. Kebanyakan penceramah terdiri daripada pengamal perubatan islam dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang mengubat gangguan makhluk halus. Aku sempat membeli buku panduan perubatan Islam dan menerima pengijazahan daripada Ustaz Sharhan, iaitu pengamal perubatan Islam.
Gambar: Sahabat-sahabat yang tekun menelaah FYP dan PSMDalam aku menyiapkan FYP, aku perlu juga menyiapkan PSM. PSM dan FYP hanya aku mempunyai ke dua-duanya, betulkah?. Almost, semuanya hampir siap. Tak hairanlah purata tidor aku pukul 3 setiap hari. Mata dah naik bengkak dah. Kopi radix pun dah nak habis. Tak lama lagi final exam. Aduhai, perlukah aku memberi radix lagi? Adakah kali ini perlu berkongsi wang membeli radix dengan rumateku lagi, sedangkan akulah yang paling kuat membantai radix. Hehehe. Discovered New Forbidden JutsuTak sampai dua hari aku hantar draf tesis, aku aku berjaya menyelesaikan teka teki yang tiada kaintan dengan tesisku. Teka teki yang menyelubungi diri sekian lama. Mungkin ini anugerah Allah. Akhirnya persoalan telah terjawab. Apa macam helmi?, it's your turn to activate it next sem or next time. Hopefully, tiada masalah lagi. Guna sebaik-baiknya jutsu itu. Hehehe.... Semoga more power full than before. 30 marzo Dah hantar draf Tesis.... LeganyaLepas sahaja aku hantar tesis kat pejabat, aku rasa satu beban telah hilang di dada. Menakjubkan.... Waa, aku tidor sepuas2nya... Sebab semalam tidak tidor... |
Terima kasih
|
|||||||||||
|
|